Malam tadi (18 Julai
2013) dijemput bertazkirah dan menjadi imam terawih di Masjid Sungai Tua
Selayang. Selepas solat saya berbual panjang dengan imam masjid serta 2 imam
hafiz jemputan. Salah seorang dari imam jemputan tersebut adalah anak kepada
Mufti Selangor sekarang.
Sebagai abang dalam bidang Tahfiz al-Quran saya menasihatkan mereka berdua dengan cabaran para hafiz al-Quran. Nilai para penghafaz al-Quran bukan pada gelaran dan kemuliaan yang masyarakat berikan, tetapi pada jumlah ayat yang kekal dalam ingatan mereka selagi nyawa masih di badan. Cabaran sebenar para hafiz adalah mengekalkan hafazan agar tidak berkurang. Ingatkan pesanan nabi SAW:
إِنَّمَا مَثَلُ صَاحِبِ الْقُرْآنِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْإِبِلِ الْمُعَقَّلَةِ إِنْ عَاهَدَ عَلَيْهَا أَمْسَكَهَا وَإِنْ أَطْلَقَهَا ذَهَبَتْ
Ertinya: Perumpamaan para penghafaz al-Quran adalah seperti pemilik unta yang ditambat. Sekiranya dia berterusan menambatnya unta itu dapat dipegang dan sekiranya unta itu dilepaskan maka ia akan lari meninggalkan tuannya (Sahih al-Bukhari dan Muslim).