December 29, 2011

Bendera !!!

Semenjak isu Adam Adli hangat, saya sentiasa terfikir untuk memberikan buah fikiran. Tetapi saya banyak diam, melihat apa yang berlaku dan meneliti.

Kadang-kadang rasa kelakar. Seorang pemuda berumur 22 tahun, turunkan bendera, 5 minit, kemudian naikkan semula dengan baik, dikecam hebat, diugut bunuh, dan pemimpin-pemimpin saya membiarkan sahaja semua itu. Seakan-akan merestui.

Beginilah.
Adam Adli, dari satu sisi, benar boleh dikatakan 'tidak menunjukkan adab kesopanan melayu'. Datang tempat orang, kemudian pergi turunkan harta kebanggaan milik tuan rumah. Jawapannya di dalam video pun, pada saya tidak kuat. "Untuk memanaskan keadaan." Baik, Adam Adli 'kurang sopan'. Namun sekurang-kurangnya, dia tidak memijak, mengoyak, menconteng, dan 5 minit kemudian, menaikkan semula bendera itu dengan baik.




November 27, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته


Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau.
Engkaulah Tuhan yang menciptaku. Akulah hambaMu dan aku akan mengotakan
segala ikrar dan janjiku denganMu sedaya upaya yang ada padaku.
Aku berlindung denganMu dari segala perbuatan kejahatan yang telah aku lakukan.
Aku mengaku kepadaMu terhadap nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku,
dan aku juga mengaku dengan segala dosa-dosaku. Oleh itu ampunkanlah daku,
kerana sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosaku
melainkan Engkau...

November 10, 2011

Cinta yang Terhakis...

D
inding masjid bergegar-gegar. Terkesan dengan suara penyampai tazkirah.

“Tidak malukah kita bergelar huffaz tapi solat jemaah tak cukup lima kali sehari semalam?!”
“Wajarkah seorang yang bergelar “Hamalatul Quran” bermain bola sepak sampai tenggelam matahari? Siapa diri kita ini wahai sahabat dan sahabiah sekelian?!”

Hampir terpelanting mikrofon di tangan beliau. Terpana mata-mata yang melihat, dipasang ketat-ketat telinga yang mendengar. Terkunci mulut-mulut yang sedari tadi rancak berborak dan mengaji.Perkara ‘indah’ boleh juga menjadi kebencian sesetengah individu. Perkara baik jarang yang suka bukan?

Seringkali kita diajak ke arah kebaikan. Kita diajak bersama-sama untuk solat berjemaah setiap waktu. Kita sentiasa dihidangkan dengan tazkirah ringkas seusai solat Isyak sebagai halwa telinga,juga pengubat rohani. Dijemput ke majlis-majlis ilmu, talaqi, dan kita diperingat supaya menjaga adab pergaulan, ikhtilat, datang awal ke kelas, hormati para asatizah, hadiri usrah dan sebagainya…

Fenomena ini berlaku tika mana kita diikat dengan tarbiyah yang dicipta oleh badan-badan persatuan ataupun individu yang suka menjaga tepi kain pelikat orang. Tidak begitu?!

“Tarbiyah itu bersifat mengongkong,”kata si Ustaz.

“Kenapa Ustaz cakap macam tu?” salah seorang sahabat melontarkan persoalan.

October 30, 2011

Islah...

Utlah yg tdk berapa nak panjang ni berakhir jua akhirnya..setelah hampir 3 minggu bercuti,hari ini akan berangkat semula ke bumi barakah Kolej Universiti Darul Quran (da naik taraf da,sblm ni Darul Quran je)..
3 minggu yg berlalu,cukup memberi kesan dalam diri..betapa kita sedari hakikat sebenar diri sendiri pabila berada di luar,terjun ke medan masyarakat..adakah masih sama diri kita sekarang dengan sebelum ni,atau lebih baik,atau LEBIH BURUK JADINYA!!!

“Sesungguhnya Islam itu pada mulanya datang dengan asing (tidak umum), dan akan kembali dengan asing lagi seperti pada mulanya datang. Maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing“. Baginda ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang-orang yang asing itu ?”. Baginda bersabda, “Mereka yang memperbaiki dikala rosaknya manusia”. Dan di lain riwayat beliau ditanya (tentang orang-orang yang asing), beliau menjawab, “Yaitu orang-orang yang menghidup-hidupkan apa-apa yang telah dimatikan manusia daripada sunnahku”.
[HR. Muslim, Ibnu Majah dan Thabrani]

October 16, 2011

Kaitan Waktu Solat dengan Warna Alam...


Setiap hari dn waktu kita menunaikan solat atas perintah Allah yg maha esa.Tapi,pasti ada sebab munasabah mengapa Allah mewajibkan solat ini kan?actually,kalau ntum dn ntunna nak tahu solat ini sebenarnya ibarat senaman ataupun exercise yg kita lakukan secara tak langsung.Setiap pergerakan yg kita lakukan sebenarnya memberi kesan kepada seluruh tulang-tulang,otot-otot,dn siatem-sistem badan kita.Malahan sedar atau tidak Allah memerintahkan solat 5 waktu tersebut pada 5 waktu yang berlainan.Jadi,disini ana cuba mengambil kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji termasuk Ustaz Zahazan Mohamad...

 
spektrum warna alam..

Setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam yg boleh diukur dn dicerap melalui perubahan warna alam.fenomena perubahan warna alam ini adalah sesuatu yg tidak asing bagi mereka yg terlibat dalam bidang fotografi...

September 13, 2011

SYAWAL : MEDAN SEBENAR

Alhamdulillah,
Setelah sebulan bertemankan Ramadhan,
Kini Syawal hadir sebagai pengganti. Walau bagaimanapun,

Jadilah kita sebagai hamba Tuhan (ALLAH),
Bukannya hamba Ramadhan,
iaitu beramal dan beribadahlah,
semata-mata kerana ALLAH,
bukan kerana dek kedatangan Ramadhan,
yang secara fitrahnya akan datang dan pergi,
tetapi ALLAH sentiasa kekal dan hidup !!!

Sebab itu Syawal menjadi medan kualiti ibadat kita sepanjang Ramadhan lalu,yang telahpun melabuhkan tirainya. Adakah kita mampu mengekalkan kualiti ibadat kita sebagaimana yang kita laksanakan sepanjang Ramadhan kali ini? Apa ceritanya dengan tadarus, bangun malam (qiamullail), menahan syahwat, solat Jemaah dan sebagainya? Adakah kita masih terus istiqamah dengan amalan2 seumpama ini? Inilah persoalan yang seharusnya timbul dalam hati dan benak fikiran kita sekarang ini…

Bagaikan seorang yang baru graduate dari sebuah universiti yang agung, adakah ilmu dan input yang diperoleh sepanjang pengajian lepas, mampu diaplikasikan seoptimum mungkin di medan masyarakat, atau sekadar hebat di universiti sahaja, akan tetapi mandom apabila terjun bersama masyarakat…

Sama2 kita fikir2kan… J

September 9, 2011

Marhaban !!!

I

nilah kisah seharian aku,sepanjang persediaan untuk masuk ke Darul Quran ni. Mula-mula perancangan kami sekeluarga nak mulakan perjalanan pukul 4 pagi dari Johor,sebab takut tak sempat sampai sebelum pukul 8.30 pagi di sana. Tapi akhirnya, perjalanan dimulakan agak lewat, dalam pukul 5.00 pagi. Aku yang terlampau ‘exited’ sampai tak tidur malam tu. Tidur pun sekejap saja. Jadi, sebab gerak lambat, ayah aku pun memecutkan kereta selaju mana yang boleh untuk sampai sebelum pukul 8.30 pagi….

 Sepanjang perjalanan itu,aku rasa sungguh teruja untuk tiba ke Darul Quran walaupun hati membisik-bisik agar aku melenakan diri sebentar untuk menghilangkan keletihan yang masih berbaki. Lebih kurang pukul 6.30 pagi,kami tiba di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Nilai, Negeri Sembilan. Kami singgah sebentar untuk solat Subuh dan sarapan pagi.

Seusai solat subuh dan sarapan,lebih kurang pukul 7.15 pagi, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang semakin menantikan kehadiran kami. Sampai di Rawang, kakak aku yang mengambil alih untuk memandu kereta kerana ayah aku dah keletihan dan mengantuk. Aku semakin risau melihatkan jam di tangan sudah menunjukkan pukul  8.00 pagi. Takut terlambat pula untuk sesi pendaftaran di  Dewan Muktamar, sepertimana yang tercatat dalam surat tawaran yang aku terima.

April 29, 2011

Wangian Tarbiyyah...

Kau kata dirimu ditarbiyyah,
namun mengapa masih leka dengan dunia,
jari masih asyik menari di papan kekunci,
papan kekunci komputer mahupun telefon,
yang mengawal pergerakan syaitan maya,
bermain kononnya hilangkan duka,
sanggup lakukan perkara sia-sia,
ini bukan wangian tarbiyyah.

Kau kata dirimu ditarbiyyah,
namun masih hanyut dengan dunia,
dijadikan rutin membaca majalah,
bukan hanya majalah mangga,
majalah oren, nenas jua papaya,
semua dijadikan koleksi idaman,
komik-komik setiap siri tidak ketinggalan,
kononnya sekadar mengisi waktu lapang,
banyak lagi perkara lain yang boleh kau lakukan.
ini bukan wangian tarbiyyah.

Kau kata dirimu ditarbiyyah,
namun masih alpa dengan dunia,
wayang-wayang lalai masih terus dilayan,
yang mengundang kepada zinanya mata,
melihat perkara yang bukan-bukan,
membuang masa yang amat berharga,
konon bukan selalu cuma sekali,
bagaimana jika sekali itu lah takdirnya kau mati...



*ingatan buat diri dan sahabat2 semua :)

April 20, 2011

Interview...

telah ku usahakan yg trbaik..andai itulah tmpat yg trbaik buatku,insyaAllah akanku jejakkan kaki ini ke tanah mulia nan suci itu..ujian brtulis dn lisan,selamat dah aku jalani..hanya doa yg mggunung tggi kpdaNya tika ini..





panel : ok,bacakan ayat2 tu...
Surah az-Zumar (32-40:24,462)
ana : a'uzubillahi...............................
......
     ......
           .......
lepas abes bace,dgn gagap2 + gemuruh...hrmm..brmulalah sesi prbualan...
panel : hrmm..slain mhon dq ni,ade mohon yg lain2 x??
ana : ada memang ada ustaz..upu,matrik.....(bla3...)
panel : katakanlah ae..kalau awak dpat semua skali..mane 1 awak nk plih???
ana : ermmmmmmm.........................
panel :   (n_n)
ana : memang ni yg sy harap2kan ustaz..dr prsijilan lg sy dah mohon...tp xdpat..ble ana mhon lg skali utk diploma,bru dpat n layak utk ke intrview..
panel : tengok sijil2 awak tu..(sambil belek2...)
ana : ...........(debar gler jntung)........
panel : pngerusi kkq rupenyer..tp knape mase bace td lain mcam je??
ana : (hanya mmpu trsenyum dn brdiam diri)...
panel : awak exco disiplin??hrmm...kalau masok dq nnti,bole tahan ke dgn disiplin kat sane??ramai yg cabut bile dah seminggu kat sana..
ana : insyaAllah ustaz :)
panel : ada kawan kat sana??
ana : ada..tp dia prsijilan..
panel : cuba awak tnya dia mcam mana khidupan die kat sana..mcm mane disiplinnya..sape guru disiplin kat sana...(bla3.....)
*lama jugak prbualan ana dgn ustaz tu..macam2 yg die tnya..xlarat plak nk tulis semuanya kt sini..
*lastly...
panel : hrmm..macam ni lar..apa2pun,kalau ade rzki,kita brjmpe kat sana nnti..insyaAllah..doa2 je lar byk2 ye.. :)
ana : syukran ustaz (sambil tersenyum 'ketakutan') =|
..............................
mudah2an...amin :)
wallahu'alam...

April 14, 2011

Demi Cinta, Aku Tinggalkan Cinta...

Lama juga ana x update blog ni..ade juga yg tanya..hrmm..
setakat ni,masih tiada idea utk post ape2..cuma kali ni,just nak share sesuatu.. :)
........................

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekelian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas. Saya memujiNya atas segala nikmatNya dan saya berdoa kepadaNya tambahan kurniaanNya dan kemurahanNya. Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. 


Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dengan sahabat-sahabat sekalian. Tapi, setiap kali laptop saya buka, jari ini jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga untuk menulis tentang ini. Hati saya bagai ditarik-tarik untuk menulis. Saya sudah tidak berdaya untuk pendam segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam, saya akan makin tersiksa dalam dunia saya sendiri. Doa saya semoga Allah SWT ampuni saya atas segala apa yg saya lakukan ini. Apa yang akan saya coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. 

Ia adalah pengalaman saya sendiri. Ia hadir dari lubuk hati saya sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah SWT tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman denganNya. Kisah ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dlm tahun akhir diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yang sama dan dalam jurusan yang sama di Bangi. 

March 23, 2011

Natijah ???

Alhamdulillah...
hanya ini yg mampu aku lafazkan...ku tahu,perancangan-Mu penuh hikmah dalam memberikan yang terbaik buat semua hamba-Mu.."Lihatlah,bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat-nikmatNya dalam kalangan kamu"  
♫♪ حسبنا الله ونعمل وكل ♫♪  syukurlah wahai hamba...apa yg kita usahakan,itulah natijah yg kita dapat :)


tahniah kepada empunya diri,9A+ 2A..BEST STUDENT!!! :)

ni r tuan punya slip kat atas tu :)


kpda teman2 sprjuangan SMKAS 06-10,mabruk 'alaikum...
Wallahu 'alam (n_n)

March 20, 2011

Cinta Ilahi vs Cinta Insani...

Assalamualaikum... Ukhti fil aqidah…

          Salam buatmu Safiyyah, pejuang agama yang begitu syahid. Mungkin kehadiran email ini benar-benar mengejutkan nti. Masih ingat siapa ana? Ana rasa sudah pasti nti sudah lupakan ana. Ana Ehsan Fahmi, Presiden nti dulu. Ingat? Apa khabar mujahidah dakwah ini? Menghilang tanpa khabar berita membuatkan ana hairan dan pelik. Ke mana perginya Safiyyah?

          Ana dapat email nti dari Fatimah. Pertamanya…Safiyyah, maafkan ana kerana ana telah memperlekehkan semangat jihad nti. Ana hanya memandang luaran seorang wanita yang ana rasakan begitu lemah dan hanya menyusahkan barisan ikhwah untuk menjaga kalian. Ana silap…rupa-rupanya di sebalik kelembutan seorang wanita yang bernama Safiyyah, ada semangat jihad yang mengalir di setiap detik nafasnya.

March 12, 2011

~♫♪ تزكية النفس ♫♪~

Satu ketika, aku duduk-duduk mendengar perbualan rakan-rakan. Macam-macam isu yang dibincangkan. Bermula dengan salam perkenalan hinggalah isu politik tempatan. Perbincangan menjadi semakin hangat bilamana ada yang menyokong dan membangkang. Yang menariknya semua bersepakat yang perbahasan dan perdebatan adalah dengan tujuan mencari penyelesaian bukannya mencari kemenangan.
Seorang sahabat menyuarakan sedikit kekesalan atas tindakan sesetengah orang yang membina masjid untuk tujuan pelancongan. Keliru masjid dengan pusat peranginan agaknya. Ataupun mungkin hendak meraih undi kononnya hendak memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam.
Tapi....
"Orang Islam sendiri pun ramai je yang tak pi masjid...nak pulak orang bukan Islam. Bukankah fokus kita patut bertumpu kepada orang Islam dahulu?"
"Hmm...kalau orang bukan Islam pi masjid...kang jadi headline Utusan pulak.."
"Pelik-pelik...pergi pun tak boleh, tak pergi pun tak boleh."

March 9, 2011

Darul Taqwa...

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Apakah aku kini kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba ? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudian dicampakkannya saja ke tepi jalan. 


"Assalamu'alaikum  pakcik, tolong kutip semula kertas tisu itu. Nanti pakcik juga yang rugi di Akhirat. Kebersihan itu sebahagian daripada iman." 


Terdengar satu suara menegurnya belakangnya, lalu dia bingkas berpaling. Siapa yang berani menegurku ? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar di negara ini, desus hatinya. 


"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti pakcik pula yang didendanya," kata budak kecil berjubah putih dengan serban yang melilit kepalanya. 


Datuk Dr. Johar memperbetulkan tali lehernya yang sememangnya sudah rapi. "Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis," riaknya selamba sambil menyeluk ke dalam saku seluarnya. Namun, Datuk Dr. Johar terus diselubungi dengan 1001 tanda tanya di benaknya. 


Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter yang memecah sunyi bersimpang siur di udara. Railbus bercerakah di sana sini. Bullet Train meluncur laju bagaikan panah yang dilepaskan dari busurnya, tidak jauh dari pancainderanya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkahlaku mereka.. Ahh, di mana aku sekarang ini..?? gerutu hatinya sendirian. 


"Hoi budak, Aku di mana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menyapanya tadi. 


Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan lunak suaranya. Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya ? Teka-teki ini terus menerjah kotak fikiran Datuk Dr. Johar yang sedari tadi perpinga-pinga dengan suasana itu. Budak itu membuka mulutnya untuk menjawab. Namun, belum sempat berkata apa-apa, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah, kilat dan berkilauan cahayanya dipanah sinar mentari. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. 


"Assalamu'alaikum... Maaf pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah bertahun lamanya tidak berlaku di Darul Taqwa ini," kata salah seorang daripada mereka berdua. 


"Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman secara total. Oleh itu, pakcik didenda, 30 kali Subhanallah, 30 kali Astaghfirullah dan selawat 100 kali," kata seorang lagi pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. 


Datuk Dr. Johar tersentak. Apa kebendanya undang-undang sebegini. Tiada satu pun dewan bandaraya di dunia ini yang mengamalkannya.Dia tercengang-cengang. Namun egonya menggunung tinggi. Mengenepikan persoalan-persoalan yang bermain di mindanya sedari tadi. 


"Apa ? Kamu nak denda aku ? Kamu nak marah aku ? Nah,ambil ni duit lima ratus. Saya langsung tidak mahu buat apa yang kamu pinta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ?" tanyanya angkuh.


To be continued..(n_n)

February 26, 2011

Cemburu???

Adakah anda sedang asyik berbalas SMS dgn seseorang yg bukan mahram??? Anda juga mungkin sedang ternanti-nanti panggilan drpd Si Dia??? Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertemu dan bertembung dgnnya??? Atau, anda juga mungkin sedang memilih-milih minyak wangi yg paling sesuai utk berdating dgnnya??? (n_n)

DIA lebih cemburu :(
Err,jika jawapannya ya,anda sedang membuatkan Kekasih Agung anda SANGAT CEMBURU!!!

Berkata Ibnu Qayyim al-Jawziyyah: 
“Allah swt cemburu terhadap hati hamba-Nya yg mengabaikan cinta, harap dan takut kpd-Nya, dan ada sesuatu yg lain dlm hatinya selain DIA.”
Kata-kata Ulama’ muktabar ini ada asasnya drpd sabda Rasulullah saw. Drpd Mughirah r.a. katanya, Sa’ad bin Ubadah mengatakan: 
“Sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong (bermesra-mesraan) dgn isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak dgn mata padang yg tajam, bukan dgn sisi tepi pedang!”
Ucapan itu sampai kpd Rasulullah saw lalu baginda bersabda: 
 “Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa’ad? Demi Allah, aku lebih cemburu drpdnya (terhadap perkara yg di ambil endah dan benci demi agama). Dan Allah lebih cemburu drpdku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yg terang ataupun yg tersembunyi. Dan tiada seorang pun yg suka memberi maaf lebih drpd Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang yg akan memberikan peringatan. Tiada seorang pun yg suka menerima pujian lebih drpd Allah, dan kerana itu (utk org yg memuji-Nya) dijanjikan syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*Solusi 28 ~ to be continued (n_n)

February 12, 2011

12 Februari ____!!!

hrmmm...
hari ini dalam sejarah...berakhirnya zaman pemerintahan diktator,Hosni Mubarak yg telahpn mmerintah Mesir slama 3 dekad lamanye..30 tahun d bawah pmpinan diktator telah mmbawa kpda penggulingan kuasa yg dkhendakkn sndiri oleh rakyat..inilah hasil rentetan kebangkitan Ummah yg brmula di Tunisia..ternyata Teori Domino bertepatan dgn situasi ini...Adakah ini zaman kebangkitan umat Islam??apabila rakyat bangkit menolak kezaliman melampau sang pemerintah b'kuku besi??Sejauh manakah keadaan ini mampu utk mngubah iklim & suasana Islam kini???

bdasarkn Teori Domino,ia boleh ditakrifkn sbg:
  *Sebuah teori bahawa jika 1 bgsa brda d bawah kawalan komunis,maka negara2 jiran juga akan brda dlam keadaan yg serupa
  *sebuah teori bhwa 1 peristiwa yg brlaku,akan mmbawa kpda rentetan peristiwa yg sama..

Moga revolusi rakyat di Mesir
melarat ke negara-negara
Islam yang lain - di sekitarnya dan
di seluruh dunia. Irhal Mubarak!
shbat2 boleh follow link ni utk mklumat lnjut mngenai Teori Domino:
http://en.wikipedia.org/wiki/Domino_theory
pristiwa ni jga mndapat smbutan hangat media2 dr sluruh plusuk dunia:
http://www.malaysiakini.com/news/155820
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2011/02/201121125158705862.html


...kuasa rakyat: tidak perlu menggunakan kekerasan untk mnjatuhkn pimpinan.hnya dengan terbantutnya ekonomi dan desakan yang tidak trhenti,mampu mnjayakan impian yang selama ini diimpi-impikan...
namun,Mesir telah brjaya mmbawa 1 fenomena yg baru dlm sejarah dunia..!!!
Tahniah ya Abna' an-Nil..:) Saudara2 seagamaku!!!
wallahu 'alam..(n_n)

February 8, 2011

Yang Tersirat...

prkelanaan seorg pemuda dlm mncari
Nur Ilahi dlm hidupnya...
Hrmmm...
mgkin sglintir dpd shbat2 trtanya2 knpe ye ana nmekn blog ana ni اصحاب الاخدود???sbnarnye,trselit 1 kisah yg sungguh mnarik utk dteladani brsama d sbalik pristiwa اصحاب الاخدود ni..utk mnceritaknnya,rsanyer mgkin mmerlukn huraian yg pnjg lebar..tapi,d sini ana ingin kgsikn Video yg mngisahkn pristiwa ni dr awal hgga ke akhirnya..prjalanan seorg  الغلام  (Ghulam) = seorang anak lelaki..dlm mmpelajari 2 bntuk ilmu yg jauh brbeza antara keduanya..ILMU KETUHANAN VS ILMU SIHIR...
(ermm,maaf ae shbt2,awalnye ana mmg nk upload vdeo 2,tp xdpt ..sbb trlalu pnjg..so ana just bg link je utk shbt2 sume tgok vdeo 2 bile ad kelapangan masa) :)

Kisah Ashabul Ukhdud (klik sini)
(duration: 76 minit)

Ermm,antara pngajaran yg dpt ana kongsikn d sblik kisah ni:

  • andai ilmu sihir pn,prlu dpelajari utk dkuasai,inikan pula ilmu yg baik :)
  • proses Tarbiyah ni,mmg pnuh dgn mehnah dn tribulasi..ujian dn sbgainya :)
  • ..................
  • ..................
ana harap,ruang yg kosong ni dpt shbt2 isi bile da tgok Video ni nnti (n_n)
InsyaAllah,andai brksempatan,ana akn huraikn sdkt dmi sdkt kisah ni d sini..

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya,tetapi segala-galanya bermula dgn Tarbiyah"

 Wallahu 'alam...(n_n)

January 8, 2011

Tinggal Solat vs Zina???


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meroyakkan hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

January 6, 2011

Solat Cara Rasulullah...

06 jan 2011(Khamis)

Diceritakan pada zaman Rasulullah SAW,trdapat seorang shbt yg sedang mnunaikn di hdpan Baginda.selesai solatnya,Baginda lalu brkata:"'Irji' tusolli fainnaka lam tusolli" = kembalilah kamu brsolat,krna ssungguhnya tadi kamu tdk brsolat...shbt itu hairan???pdahal dia baru shja selesai solatnya tadi..prkara itu brlanjutan sbanyak 3 kali..lalu pada kali yg ke-3,shbt ini pn brtanya,Ya Rasulallah!!!Apakah cara solat yg sbenarnya???Lalu Baginda pn mnceritakn satu prsatu scra trperinci brkaitan solat......wallahu 'alam..

   Shbt2,prnahkh kita brfikir sjenak,knapa agaknya kita still buat dosa dn maksiat,padahal solat kita cukup 5 waktu sehari semalam...???Apa puncanya???

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yg melakukn sesuatu amalan yg bukan dr amalanku,maka amalannya itu tdk dterima"..(Hadis Riwayat Muslim)

Kesempurnaan dn penerimaan solat itu mrangkumi 2 prkara yg utama:
    1.  amalan yg tepat dn benar brdasarkn ilmu
    2.  khusyuk dn ikhlas smata2 krna Allah SWT

Antara prsoalan yg dbincangkan:

1. Solat dgn memandang kpda Quran,krna tdk mghafaz/sbagainya???
    -mnurut para Ulama',solat itu SAH selagi tdk mghilangkn khusyuk ktika solat

2. Solat dlm keadaan menangis/sebak???
 a) Batal: sekiranya disengajakn/sehingga keluar suara tangisnya
 b) Tdk batal:  
* tidak mngeluarkn suara
*mnangis/sebak krna tdk sengaja..rasa sebak itu datang sndiri krna trlalu khusyuk atau memahami mksud ayat2 Quran yg dibaca ktika solat

3. Tasbih lebih drpd 3 kali???
    -tidak batal,krna ia hanya sunat..namun afdhalnya adlh dgn angka ganjil spt 5/sbgainya..tetapi ktika solat brjemaah,disunatkn baca hanya 3 kali...


4. Berdoa dalam solat
    -sekiranya doa dalam wktu solat(contohnya ketika sujud),doa hndaklah dibaca dlm bhsa Arab..jika dibaca dlm bhsa Melayu,maka solat jd Batal 
    -skiranya dibaca ktika doa slpas solat,tdk salah asalkn kita faham doa2 yg kita baca dn ianya diluar waktu solat...wallahu 'alam(n_n)

January 5, 2011

Sekitar...

Malam ini,kali prtama ana mnceburkn diri dlm usrah yg selama ini dianggotai oleh golongan2 brusia shja di Felda Maokil ini..selama ini tidak trlintas langsung dlm fikiran ana utk trlibat dlm usrah di sini,namun sapaan seorang pak cik,sebaik shja selesai solat maghrib di masjid tadi,telah membawa ana brtemu dgn shbt2 usrah yg trnyata tdk pernah ana kenali sebelum ni..dianggotai oleh pak cik2 dn mak cik2 shja..hrmmm..trdetik di hati ini..Ya Allah tdk kusangka,masih ada rupanya usrah sebegini di desaku yg permai ini..pelbagai prkara mnjadi topik prbualan kami semua..tapi yg pasti,'siasah' mnjadi topik perbualan utama pertemuan usrah kali ini..

 menjelang Isya',usrah dihentikan utk smentara waktu...tanpa diduga,ana diminta utk mengetuai Solat Isya' pada malam ini...Ya Allah...kelu lidah..brdebar hati ini apabila diminta utk mengimamkan solat yg trnyata makmumnya jauh lebih tua drpd ana...terasa berat sungguh tggungjawab ini,terasa payah utk dterima..awalnya ana menolak,namun atas desakan dn prmintaan pak cik2 di situ..ana gagahkn jua diri ini utk mengimamkn solat trsebut..risau sungguh hati ini..takut2 jemaah ini tidak sempurna brimamkn ana yg masih muda ini..
   Alhamdulillah,selesai solat,usrah dimulai kembali dgn kupasan Hadis 40..hadis prtama mnjadi tajuk pilihan Naqib kami(En. Zainal) pd malam ini..mengkisarkn perihal NIAT dalam kehidupan sehari-harian kita..kupasan trsebut mncakupi pelbagai aspek,asbabul wurud,juga menyentuh pkra2 trdahulu,tdk trkecuali prkara2 yg baru...setelah prbincangan trbuka berakhir,usrah ditangguhkn dgn sedikit moreh,pisang goreng dn kopi O..sekadar itu yg ingin ana kongsikn utk kali ini...
Wallahu 'alam...(n_n)

January 4, 2011

Dosa dosa Kecil...



Selasa:04 Jan 2011

Knpa kita seringkali mlakukn dosa2 kecil:

1.     tiada/kurangnya ilmu
2.     mrasaknkn mati itu jauh lg(mindset)
3.     krna dosa tdk dbalas scra nyata(scra 'cash')

Kesan segera akibat drpd dosa kecil yg brterusan:
    
     1.  lama-kelamaan,jiwa & hati akn mati
          -tdk brasa brsalah apbila mlakukn dosa sama ada kecil/besar
     2.  pghujung usia tidak tenang

Satu situasi:
Pada awal usianya rajin bribadah,namun di pghujung usia,mrasakn tdk prlu lg bribadah krana doa,kehendak atau keinginannya tdk prnah dmakbulkn oleh Allah...Mengapa prkara ini trjadi??:
     
      Puncanya:

           1.  solat,hanya smata2 nk meraih kbendaan/apa2 yg dhajati..(ini bukannya solat)
           2.  matlamat yg salah..
                -matlamat utama ialah smata2 ingin mncari kredhaan Allah
                -sesuatu ibadah itu tdk boleh dilakukan smata2 nk masuk syurga
                *  Byk lg nikmat2/rzki2 Allah yg lain,yg dkurniakn Allah kpda                                              kita,yg patut kita syukuri
                * Jika kita brfikiran sbegitu,ia boleh mngundang kpda MURTAD
                * Allah tdk prnah zalim trhadap hamba2nya
     
                    "Aku mgharamkan zalim drpdku kpda umat manusia”(Hadis Qudsi)

Bilakah keadaannya dosa kecil itu berubah mnjadi dosa besar:
       
          1.  Bertrusan melakukn dosa2 kecil
          2.  Rasa bangga dgn dosa yg kita lakukan
               - inilah rakan syaitan
               - krana syaitan bangga kpda Allah SWT krna permusuhannya dgn Nabi Adam a.s.)

Kesimpulannya:

   * Ingatlah shbt2,sedangkn Nabi SAW yg telah dijanjikn syurga pn brtaubat dn bristighfar lbih 70 kli dlm sehari...tapi kita???di manakah kita letakkan Allah dlm diri kita???
   * Allah SWT tdk pernah lewat utk mengampunkn hamba2-Nya,tapi kita yg sering melewatkn diri utk  memohon ampun kpda-Nya...
   * Untuk mengelakkan diri dpd terus mlakukn dosa2 kecil
                 - prbanyakknlah zikir dn bristighfar apabila trlintas utk mlakukn dosa
                 - letakkanlh diri utk sntiasa brada dlm suasana nasihat mnasihati(ad proses amar makruf,nahi munkar)
                 - Sntiasalh dlm keadaan brwudhu’
          * Jangan pndang remeh kpda dosa tdk kiralah dosa kecil@besar krna ia yg akan mghalang seseorang itu drpd syurga Allah SWT
          * Sesekali,cubalah kita menitiskan air mata di hadapan Allah,smata2 utk mndapatkn keampunan dn keredhaan dprd-Nya
          * Untuk mngetahui di mana kedudukan kita di sisi Allah,lihatlah sejauh mama kita letakkan Allah SWT dalam diri kita...(n_n)

(maaf,andai terdapat khilaf sepanjang penulisan ini,sebarang komentar yg mmbina sangatlah dialu-alukan)