April 15, 2012

Islah Diri

Di samping dosa,maksiat,perbuatan2 lagha yg x berfaedah,
Keempukan tilam & bantal juga,
Merupakan keselesaaan yang memberatkan selimut,
Agen sulit syaitan dalam memusnahkan temujanji hambaNya,
Pada-pada waktu qiam,hatta solat subuh sekalipun.

Bagaimana Rasulullah SAW,para sahabat RA,serta ulama’,
Berjaya membejatkan usaha syaitan nafsu ini?


Mereka telah menghiasi sebelum tidur mereka,
Dgn ibadah solat2 sunat,muhasabah dll..
Ada pula yg tilamnya adalah pelepah tamar,
Serta segala benda yg tidak selesa,
Supaya mudah bangunnya.

Bahkan,ada yg qiamnya berwudhu’kan wudhu’ isya’semalam,
Dek kerana cintanya mereka utk bertemu Allah,
Dalam dengkuran keramaian manusia.

Ketahuilah..betapa rugi dan menyesalnya tertinggal,
Qiamullail & solat subuh berjemaah.

~muhasabah.. (T_T)

April 5, 2012

Dialog di pusara ayahanda...

S
eluruh kampung semacam tidak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Ramli, anak arwah Pak Hamid (bukan nama sebenar), pulang dari luar Negara sebagai seorang jurutera dan hafiz. Semalam dia mengimami solat Tarawih. Lunak dan lancar bacaannya.

Mereka yang tidak kenal asal usul Ramli, kagum. Mereka yang mengenali lebih kagum. Saya adalah antara generasi anak kampung yang masih mengingati Pak Hamid. Malam setelah pulang dari solat Tarawih, saya berbual-bual dengan anak saya.

(gambar semata-mata)

“Ayah nak kamu contohi imam muda tadi. Sudahlah hafiz, jurutera pula.”
                       
“Hebat betul!”

“Kalau kamu tahu sejarah hidup beliau, kamu akan lebih kagum.”

“Ayah tahu?”

Saya mengangguk. “Dah tentu, ayah anak jati kampong ni.”