July 18, 2012

..kemanisan berMADU..




"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. 


Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.


"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

July 16, 2012

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna


Baca, Hayati dan Amalkanlah…
  1. Bergegaslah menunaikan solat ketika mendengar azan, walau bagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Al-Quran, lakukan pengkajian dan dengarkanlah ( hal-hal yg bermanfaat tentangnya ), atau berzikirlah kepada Allah. Jangan gunakan sebahagian waktumu utk hal-hal yg tidak berfaedah.
  3. Berusahalah sekuat tenaga utk berbicara dgn bahasa Arab yg fasih ( bukan bahasa pasar ) sebab ia merupakan syi’ar Islam.
  4. Jangan merperbanyakkan perdebatan dalam apa jua urusan sekalipun, sebab perdebatan tidak mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak tertawa, sebab hati yg berhubungan dgn Allah itu harus sentiasa tenang dan berwibawa.
  6. Jangan banyak bergurau, sebab umat Islam yg berjuang tidak mengenal kecuali kerisauan.
  7. Jangan berbicara terlalu keras ( melebihi keperluan pendengar ), sebab itu merupakan kedunguan dan menyakitkan ( mengganggu ).
  8. Jangan mengumpat orang lain, jangan menghina institusi-institusi Islam, dan jangan membicarakannya kecuali hal-hal yg baik.
  9. Perkenalkan dirimu pada saudara yg engkau temui, walau ia tidak memintanya, sebab asas dakwah kita adalah kecintaan dan saling mengenali.
  10. Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu. Maka bantulah orang lain supaya dapat memanfaatkan waktunya. Apabila engkau memiliki suatu keperluan, maka persingkatkanlah dalam memenuhinya.
Sahabat2, jalan panjang membentang luas, jalan yg penuh dgn onak dan duri, jalan yg tidak akan sekali-kali sepi daripada ujian, cubaan, mehnah dan tribulasi. Itulah hakikat jalan dakwah ilallah, yg tidak boleh dan tidak akan difahami tabiat itu kecuali oleh mereka yg sudah melalui pahit dan getirnya dakwah.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan berkata, “Kami telah beriman”, sedangkan mereka masih belum diuji ? "
(Al-Ankabut : 2 )

Sumber: 
Kepimpinan Dalam Pergerakan Islam,
Rukun Bai'ah dan Usrah.

July 15, 2012

Fitnah !!!

:قرأت قول النبي صلى الله عليه وسلم
" مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ"
( رواه البخاري (5096) ومسلم (2740

"Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding
fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari)

......
hanya kerana seorang perempuan
dua lelaki sanggup beradu tenaga
hanya kerana seorang perempuan
'hitam' dan 'putih' tak dapat kita bezakan
hanya kerana seorang perempuan
sahabat sendiri dihina dan dimaki
hanya kerana seorang perempuan
ukhuwah ini sanggup kita korbankan
dan hanya kerana seorang perempuan
manhaj dakwah itu kita ketepikan
......

*maaf kaum hawa,aku tidak tujukan kata2 ini kepada majoriti dlm kalanganmu..
kuharapkan hanya segelintir seperti itu,atau tiada langsung LAGI BAGUS !!!
*buat kaum sejenisku,juga shbt2 seperjuangan,ayuh sama2 kita fikirkan,
dn sama2 kita renungkan ibrah yg dapat kita ambil drpd hadith ni...

...استغفر الله العظيم...

July 12, 2012

Perselisihan adalah Rahmat ?

إختلاف أمتي رحمة
“Perselisihan dalam kalangan umatku adalah suatu rahmat”

 Ulasan Sarjana
gambar semata-mata..tiada kena
mengena dengan 'post' ni =)
  • Al-Munawi dalam bukunya Faidh al-Qadir menukilkan kata-kata al-Subki tentang hadis ini:" Hadis ini tidak dikenali dalam kalangan para sarjana hadis dan aku tidak menjumpai sanad yang sahih bagi hadis ini, tidak juga yang daif mahupun yang maudu' "
  • Al-Albani juga menyatakan perkara yang hampir sama dalam buku Silsilah Ahadith al-Dhaifah:
    " Para sarjana ahli hadis sudah mengerahkan segala daya upaya mereka untuk mencari sanad (yang sahih) bagi hadis ini. Namun mereka tidak menjumpainya ".