July 21, 2013

Huffaz Itu Perenang ???



Malam tadi (18 Julai 2013) dijemput bertazkirah dan menjadi imam terawih di Masjid Sungai Tua Selayang. Selepas solat saya berbual panjang dengan imam masjid serta 2 imam hafiz jemputan. Salah seorang dari imam jemputan tersebut adalah anak kepada Mufti Selangor sekarang.

Sebagai abang dalam bidang Tahfiz al-Quran saya menasihatkan mereka berdua dengan cabaran para hafiz al-Quran. Nilai para penghafaz al-Quran bukan pada gelaran dan kemuliaan yang masyarakat berikan, tetapi pada jumlah ayat yang kekal dalam ingatan mereka selagi nyawa masih di badan. Cabaran sebenar para hafiz adalah mengekalkan hafazan agar tidak berkurang. Ingatkan pesanan nabi SAW:

إِنَّمَا مَثَلُ صَاحِبِ الْقُرْآنِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْإِبِلِ الْمُعَقَّلَةِ إِنْ عَاهَدَ عَلَيْهَا أَمْسَكَهَا وَإِنْ أَطْلَقَهَا ذَهَبَتْ

Ertinya: Perumpamaan para penghafaz al-Quran adalah seperti pemilik unta yang ditambat. Sekiranya dia berterusan menambatnya unta itu dapat dipegang dan sekiranya unta itu dilepaskan maka ia akan lari meninggalkan tuannya (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

July 18, 2013

.: 123 dan ABC :.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Jangan terlalu bangga dengan ilmu dan tarbiyah sebegitu rupa yg kau ada..dan aku juga tak boleh bangga dengan ilmu dan tarbiyah sebegini rupa yg aku ada (kalau ada la)..lumrah kita sbg manusia, andai starting point tarbiyahmu mengajarmu mengenal 123 terlebih dahulu, jangan kau pelik dan keji starting point tarbiyahku yg mengajarku mengenal ABC terlebih dahulu..(begitu juga sebaliknya).. andai starting point tarbiyahku mengajarku mengenal ABC terlebih dahulu, jangan pula aku pelik dan keji starting point tarbiyahmu yg mengajarmu mengenal 123 terlebih dahulu..

kerana hakikat yg kau dan aku perlu tahu, kedua-dua jalan ini bermatlamatkan yg satu..REDHA ALLAH (atas segala hal dan perkara yg bersangkut paut dengannya)..selagi jalan yg kau bawa itu, tidak bertentangan dgn Al-Quran dan As-Sunnah, tidak wajar bagiku utk mengatakan jalan yg aku bawa ini satu2nya jalan menuju REDHA dan SYURGA-NYA..bagimu pula, selagi jalan yg aku bawa ini, tidak bertentangan dgn Al-Quran dan As-Sunnah, tidak wajar bagimu utk mengatakan jalan yg kau bawa itu satu2nya jalan menuju REDHA dan SYURGA-NYA..masing2 punya cara, masing2 punya gaya..(tapi, kata2ku ini tidak menafikan perlunya utk kau  dan aku saling menegur atas kekhilafan yg terang2an berlaku, sepanjang tempoh kita melalui jalan ini)..

"aku tidak diajar utk memaki kegelapan,namun aku diajar utk menerangi kegelapan"
(Dr Yusuf AlQaradawi)