March 9, 2011

Darul Taqwa...

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Apakah aku kini kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba ? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudian dicampakkannya saja ke tepi jalan. 


"Assalamu'alaikum  pakcik, tolong kutip semula kertas tisu itu. Nanti pakcik juga yang rugi di Akhirat. Kebersihan itu sebahagian daripada iman." 


Terdengar satu suara menegurnya belakangnya, lalu dia bingkas berpaling. Siapa yang berani menegurku ? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar di negara ini, desus hatinya. 


"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti pakcik pula yang didendanya," kata budak kecil berjubah putih dengan serban yang melilit kepalanya. 


Datuk Dr. Johar memperbetulkan tali lehernya yang sememangnya sudah rapi. "Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis," riaknya selamba sambil menyeluk ke dalam saku seluarnya. Namun, Datuk Dr. Johar terus diselubungi dengan 1001 tanda tanya di benaknya. 


Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter yang memecah sunyi bersimpang siur di udara. Railbus bercerakah di sana sini. Bullet Train meluncur laju bagaikan panah yang dilepaskan dari busurnya, tidak jauh dari pancainderanya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkahlaku mereka.. Ahh, di mana aku sekarang ini..?? gerutu hatinya sendirian. 


"Hoi budak, Aku di mana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menyapanya tadi. 


Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan lunak suaranya. Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya ? Teka-teki ini terus menerjah kotak fikiran Datuk Dr. Johar yang sedari tadi perpinga-pinga dengan suasana itu. Budak itu membuka mulutnya untuk menjawab. Namun, belum sempat berkata apa-apa, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah, kilat dan berkilauan cahayanya dipanah sinar mentari. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. 


"Assalamu'alaikum... Maaf pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah bertahun lamanya tidak berlaku di Darul Taqwa ini," kata salah seorang daripada mereka berdua. 


"Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman secara total. Oleh itu, pakcik didenda, 30 kali Subhanallah, 30 kali Astaghfirullah dan selawat 100 kali," kata seorang lagi pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. 


Datuk Dr. Johar tersentak. Apa kebendanya undang-undang sebegini. Tiada satu pun dewan bandaraya di dunia ini yang mengamalkannya.Dia tercengang-cengang. Namun egonya menggunung tinggi. Mengenepikan persoalan-persoalan yang bermain di mindanya sedari tadi. 


"Apa ? Kamu nak denda aku ? Kamu nak marah aku ? Nah,ambil ni duit lima ratus. Saya langsung tidak mahu buat apa yang kamu pinta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ?" tanyanya angkuh.


To be continued..(n_n)

February 26, 2011

Cemburu???

Adakah anda sedang asyik berbalas SMS dgn seseorang yg bukan mahram??? Anda juga mungkin sedang ternanti-nanti panggilan drpd Si Dia??? Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertemu dan bertembung dgnnya??? Atau, anda juga mungkin sedang memilih-milih minyak wangi yg paling sesuai utk berdating dgnnya??? (n_n)

DIA lebih cemburu :(
Err,jika jawapannya ya,anda sedang membuatkan Kekasih Agung anda SANGAT CEMBURU!!!

Berkata Ibnu Qayyim al-Jawziyyah: 
“Allah swt cemburu terhadap hati hamba-Nya yg mengabaikan cinta, harap dan takut kpd-Nya, dan ada sesuatu yg lain dlm hatinya selain DIA.”
Kata-kata Ulama’ muktabar ini ada asasnya drpd sabda Rasulullah saw. Drpd Mughirah r.a. katanya, Sa’ad bin Ubadah mengatakan: 
“Sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong (bermesra-mesraan) dgn isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak dgn mata padang yg tajam, bukan dgn sisi tepi pedang!”
Ucapan itu sampai kpd Rasulullah saw lalu baginda bersabda: 
 “Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa’ad? Demi Allah, aku lebih cemburu drpdnya (terhadap perkara yg di ambil endah dan benci demi agama). Dan Allah lebih cemburu drpdku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yg terang ataupun yg tersembunyi. Dan tiada seorang pun yg suka memberi maaf lebih drpd Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang yg akan memberikan peringatan. Tiada seorang pun yg suka menerima pujian lebih drpd Allah, dan kerana itu (utk org yg memuji-Nya) dijanjikan syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*Solusi 28 ~ to be continued (n_n)

February 12, 2011

12 Februari ____!!!

hrmmm...
hari ini dalam sejarah...berakhirnya zaman pemerintahan diktator,Hosni Mubarak yg telahpn mmerintah Mesir slama 3 dekad lamanye..30 tahun d bawah pmpinan diktator telah mmbawa kpda penggulingan kuasa yg dkhendakkn sndiri oleh rakyat..inilah hasil rentetan kebangkitan Ummah yg brmula di Tunisia..ternyata Teori Domino bertepatan dgn situasi ini...Adakah ini zaman kebangkitan umat Islam??apabila rakyat bangkit menolak kezaliman melampau sang pemerintah b'kuku besi??Sejauh manakah keadaan ini mampu utk mngubah iklim & suasana Islam kini???

bdasarkn Teori Domino,ia boleh ditakrifkn sbg:
  *Sebuah teori bahawa jika 1 bgsa brda d bawah kawalan komunis,maka negara2 jiran juga akan brda dlam keadaan yg serupa
  *sebuah teori bhwa 1 peristiwa yg brlaku,akan mmbawa kpda rentetan peristiwa yg sama..

Moga revolusi rakyat di Mesir
melarat ke negara-negara
Islam yang lain - di sekitarnya dan
di seluruh dunia. Irhal Mubarak!
shbat2 boleh follow link ni utk mklumat lnjut mngenai Teori Domino:
http://en.wikipedia.org/wiki/Domino_theory
pristiwa ni jga mndapat smbutan hangat media2 dr sluruh plusuk dunia:
http://www.malaysiakini.com/news/155820
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2011/02/201121125158705862.html


...kuasa rakyat: tidak perlu menggunakan kekerasan untk mnjatuhkn pimpinan.hnya dengan terbantutnya ekonomi dan desakan yang tidak trhenti,mampu mnjayakan impian yang selama ini diimpi-impikan...
namun,Mesir telah brjaya mmbawa 1 fenomena yg baru dlm sejarah dunia..!!!
Tahniah ya Abna' an-Nil..:) Saudara2 seagamaku!!!
wallahu 'alam..(n_n)

February 8, 2011

Yang Tersirat...

prkelanaan seorg pemuda dlm mncari
Nur Ilahi dlm hidupnya...
Hrmmm...
mgkin sglintir dpd shbat2 trtanya2 knpe ye ana nmekn blog ana ni اصحاب الاخدود???sbnarnye,trselit 1 kisah yg sungguh mnarik utk dteladani brsama d sbalik pristiwa اصحاب الاخدود ni..utk mnceritaknnya,rsanyer mgkin mmerlukn huraian yg pnjg lebar..tapi,d sini ana ingin kgsikn Video yg mngisahkn pristiwa ni dr awal hgga ke akhirnya..prjalanan seorg  الغلام  (Ghulam) = seorang anak lelaki..dlm mmpelajari 2 bntuk ilmu yg jauh brbeza antara keduanya..ILMU KETUHANAN VS ILMU SIHIR...
(ermm,maaf ae shbt2,awalnye ana mmg nk upload vdeo 2,tp xdpt ..sbb trlalu pnjg..so ana just bg link je utk shbt2 sume tgok vdeo 2 bile ad kelapangan masa) :)

Kisah Ashabul Ukhdud (klik sini)
(duration: 76 minit)

Ermm,antara pngajaran yg dpt ana kongsikn d sblik kisah ni:

  • andai ilmu sihir pn,prlu dpelajari utk dkuasai,inikan pula ilmu yg baik :)
  • proses Tarbiyah ni,mmg pnuh dgn mehnah dn tribulasi..ujian dn sbgainya :)
  • ..................
  • ..................
ana harap,ruang yg kosong ni dpt shbt2 isi bile da tgok Video ni nnti (n_n)
InsyaAllah,andai brksempatan,ana akn huraikn sdkt dmi sdkt kisah ni d sini..

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya,tetapi segala-galanya bermula dgn Tarbiyah"

 Wallahu 'alam...(n_n)