April 14, 2011

Demi Cinta, Aku Tinggalkan Cinta...

Lama juga ana x update blog ni..ade juga yg tanya..hrmm..
setakat ni,masih tiada idea utk post ape2..cuma kali ni,just nak share sesuatu.. :)
........................

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekelian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas. Saya memujiNya atas segala nikmatNya dan saya berdoa kepadaNya tambahan kurniaanNya dan kemurahanNya. Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. 


Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dengan sahabat-sahabat sekalian. Tapi, setiap kali laptop saya buka, jari ini jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga untuk menulis tentang ini. Hati saya bagai ditarik-tarik untuk menulis. Saya sudah tidak berdaya untuk pendam segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam, saya akan makin tersiksa dalam dunia saya sendiri. Doa saya semoga Allah SWT ampuni saya atas segala apa yg saya lakukan ini. Apa yang akan saya coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. 

Ia adalah pengalaman saya sendiri. Ia hadir dari lubuk hati saya sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah SWT tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman denganNya. Kisah ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dlm tahun akhir diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yang sama dan dalam jurusan yang sama di Bangi. 

March 23, 2011

Natijah ???

Alhamdulillah...
hanya ini yg mampu aku lafazkan...ku tahu,perancangan-Mu penuh hikmah dalam memberikan yang terbaik buat semua hamba-Mu.."Lihatlah,bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat-nikmatNya dalam kalangan kamu"  
♫♪ حسبنا الله ونعمل وكل ♫♪  syukurlah wahai hamba...apa yg kita usahakan,itulah natijah yg kita dapat :)


tahniah kepada empunya diri,9A+ 2A..BEST STUDENT!!! :)

ni r tuan punya slip kat atas tu :)


kpda teman2 sprjuangan SMKAS 06-10,mabruk 'alaikum...
Wallahu 'alam (n_n)

March 20, 2011

Cinta Ilahi vs Cinta Insani...

Assalamualaikum... Ukhti fil aqidah…

          Salam buatmu Safiyyah, pejuang agama yang begitu syahid. Mungkin kehadiran email ini benar-benar mengejutkan nti. Masih ingat siapa ana? Ana rasa sudah pasti nti sudah lupakan ana. Ana Ehsan Fahmi, Presiden nti dulu. Ingat? Apa khabar mujahidah dakwah ini? Menghilang tanpa khabar berita membuatkan ana hairan dan pelik. Ke mana perginya Safiyyah?

          Ana dapat email nti dari Fatimah. Pertamanya…Safiyyah, maafkan ana kerana ana telah memperlekehkan semangat jihad nti. Ana hanya memandang luaran seorang wanita yang ana rasakan begitu lemah dan hanya menyusahkan barisan ikhwah untuk menjaga kalian. Ana silap…rupa-rupanya di sebalik kelembutan seorang wanita yang bernama Safiyyah, ada semangat jihad yang mengalir di setiap detik nafasnya.

March 12, 2011

~♫♪ تزكية النفس ♫♪~

Satu ketika, aku duduk-duduk mendengar perbualan rakan-rakan. Macam-macam isu yang dibincangkan. Bermula dengan salam perkenalan hinggalah isu politik tempatan. Perbincangan menjadi semakin hangat bilamana ada yang menyokong dan membangkang. Yang menariknya semua bersepakat yang perbahasan dan perdebatan adalah dengan tujuan mencari penyelesaian bukannya mencari kemenangan.
Seorang sahabat menyuarakan sedikit kekesalan atas tindakan sesetengah orang yang membina masjid untuk tujuan pelancongan. Keliru masjid dengan pusat peranginan agaknya. Ataupun mungkin hendak meraih undi kononnya hendak memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam.
Tapi....
"Orang Islam sendiri pun ramai je yang tak pi masjid...nak pulak orang bukan Islam. Bukankah fokus kita patut bertumpu kepada orang Islam dahulu?"
"Hmm...kalau orang bukan Islam pi masjid...kang jadi headline Utusan pulak.."
"Pelik-pelik...pergi pun tak boleh, tak pergi pun tak boleh."