December 29, 2011

Bendera !!!

Semenjak isu Adam Adli hangat, saya sentiasa terfikir untuk memberikan buah fikiran. Tetapi saya banyak diam, melihat apa yang berlaku dan meneliti.

Kadang-kadang rasa kelakar. Seorang pemuda berumur 22 tahun, turunkan bendera, 5 minit, kemudian naikkan semula dengan baik, dikecam hebat, diugut bunuh, dan pemimpin-pemimpin saya membiarkan sahaja semua itu. Seakan-akan merestui.

Beginilah.
Adam Adli, dari satu sisi, benar boleh dikatakan 'tidak menunjukkan adab kesopanan melayu'. Datang tempat orang, kemudian pergi turunkan harta kebanggaan milik tuan rumah. Jawapannya di dalam video pun, pada saya tidak kuat. "Untuk memanaskan keadaan." Baik, Adam Adli 'kurang sopan'. Namun sekurang-kurangnya, dia tidak memijak, mengoyak, menconteng, dan 5 minit kemudian, menaikkan semula bendera itu dengan baik.




November 27, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته


Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau.
Engkaulah Tuhan yang menciptaku. Akulah hambaMu dan aku akan mengotakan
segala ikrar dan janjiku denganMu sedaya upaya yang ada padaku.
Aku berlindung denganMu dari segala perbuatan kejahatan yang telah aku lakukan.
Aku mengaku kepadaMu terhadap nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku,
dan aku juga mengaku dengan segala dosa-dosaku. Oleh itu ampunkanlah daku,
kerana sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosaku
melainkan Engkau...

November 10, 2011

Cinta yang Terhakis...

D
inding masjid bergegar-gegar. Terkesan dengan suara penyampai tazkirah.

“Tidak malukah kita bergelar huffaz tapi solat jemaah tak cukup lima kali sehari semalam?!”
“Wajarkah seorang yang bergelar “Hamalatul Quran” bermain bola sepak sampai tenggelam matahari? Siapa diri kita ini wahai sahabat dan sahabiah sekelian?!”

Hampir terpelanting mikrofon di tangan beliau. Terpana mata-mata yang melihat, dipasang ketat-ketat telinga yang mendengar. Terkunci mulut-mulut yang sedari tadi rancak berborak dan mengaji.Perkara ‘indah’ boleh juga menjadi kebencian sesetengah individu. Perkara baik jarang yang suka bukan?

Seringkali kita diajak ke arah kebaikan. Kita diajak bersama-sama untuk solat berjemaah setiap waktu. Kita sentiasa dihidangkan dengan tazkirah ringkas seusai solat Isyak sebagai halwa telinga,juga pengubat rohani. Dijemput ke majlis-majlis ilmu, talaqi, dan kita diperingat supaya menjaga adab pergaulan, ikhtilat, datang awal ke kelas, hormati para asatizah, hadiri usrah dan sebagainya…

Fenomena ini berlaku tika mana kita diikat dengan tarbiyah yang dicipta oleh badan-badan persatuan ataupun individu yang suka menjaga tepi kain pelikat orang. Tidak begitu?!

“Tarbiyah itu bersifat mengongkong,”kata si Ustaz.

“Kenapa Ustaz cakap macam tu?” salah seorang sahabat melontarkan persoalan.

October 30, 2011

Islah...

Utlah yg tdk berapa nak panjang ni berakhir jua akhirnya..setelah hampir 3 minggu bercuti,hari ini akan berangkat semula ke bumi barakah Kolej Universiti Darul Quran (da naik taraf da,sblm ni Darul Quran je)..
3 minggu yg berlalu,cukup memberi kesan dalam diri..betapa kita sedari hakikat sebenar diri sendiri pabila berada di luar,terjun ke medan masyarakat..adakah masih sama diri kita sekarang dengan sebelum ni,atau lebih baik,atau LEBIH BURUK JADINYA!!!

“Sesungguhnya Islam itu pada mulanya datang dengan asing (tidak umum), dan akan kembali dengan asing lagi seperti pada mulanya datang. Maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing“. Baginda ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang-orang yang asing itu ?”. Baginda bersabda, “Mereka yang memperbaiki dikala rosaknya manusia”. Dan di lain riwayat beliau ditanya (tentang orang-orang yang asing), beliau menjawab, “Yaitu orang-orang yang menghidup-hidupkan apa-apa yang telah dimatikan manusia daripada sunnahku”.
[HR. Muslim, Ibnu Majah dan Thabrani]