April 1, 2013

Jangan Berhenti Berlari !!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Kadang2 bila kita lihat org berlari, kebiasaannya akan dilihat pantas mana dia berlari. Sedangkan kita tak sedar bagaimana dia mampu berlari sepantas itu .

Aku disedarkan drpd kebiasaan pandangan org utk mengenalpasti cara larian yg mnyebabkan dia berlari dgn pantas.

Baru aku sedar, selama ni larian aku hanya sekadar ini, dan aku tak disedarkan utk menukar cara larian supaya lebih pantas.

Namun aku bersyukur wujudnya insan2 yg selama ni berlari dgn pantas, dan telah merenggut lenganku bersama larian pantas mereka yg mnyebabkan aku pun seolah olah berlari dgn pantas sekali .

Dan mereka ini tak sekali kali merungkaikan tgn mereka drpd lenganku utk meninggalkan dan mengabaikan aku di belakang, bahkan dlm masa yg sama mereka cuba sedaya upaya mengajar aku cara larian yg baik supaya aku mampu berdikari utk berlari dgn pantas bila kami sudah tdk bersama lagi .

Akhirnya aku dapati langkah larianku semakin gagah, dan aku rasakan aku mampu berlari selari dgn mereka dgn sendiri mggunakan cara larian yg aku pelajari dari mereka, hasil didikan mereka dan pengkajian yg aku buat utk memerhati dan meniru gaya/cara larian yg pantas itu.

Tetapi dgn syarat, bekalan stamina aku mesti mencukupi utk terus berlari seiring dgn mereka, dan pasti aku akan berusaha menambah stamina ku supaya aku takkan berhenti berlari sampai bila2 . =)


" Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasibsesuatu kaum, 
melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib diri mereka sendiri "
(Ar-Ra'd : 11)

October 13, 2012

Ikhlas 1~


Muhasabah bersama..

[ Ikhlas ] :: Dalam gerakan Islam ada ahli yang tenggelam di tengah khalayak , namanya tiada di dalam akhbar dan media, ketiadaannya juga tidak dirasai. Diakhirat nanti dia dinobatkan sebagai pemimpin perjuangan . Carinya dan belajarlah darinya sifat ikhlas 

# Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya~



July 18, 2012

..kemanisan berMADU..




"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. 


Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.


"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

July 16, 2012

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna


Baca, Hayati dan Amalkanlah…
  1. Bergegaslah menunaikan solat ketika mendengar azan, walau bagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Al-Quran, lakukan pengkajian dan dengarkanlah ( hal-hal yg bermanfaat tentangnya ), atau berzikirlah kepada Allah. Jangan gunakan sebahagian waktumu utk hal-hal yg tidak berfaedah.
  3. Berusahalah sekuat tenaga utk berbicara dgn bahasa Arab yg fasih ( bukan bahasa pasar ) sebab ia merupakan syi’ar Islam.
  4. Jangan merperbanyakkan perdebatan dalam apa jua urusan sekalipun, sebab perdebatan tidak mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak tertawa, sebab hati yg berhubungan dgn Allah itu harus sentiasa tenang dan berwibawa.
  6. Jangan banyak bergurau, sebab umat Islam yg berjuang tidak mengenal kecuali kerisauan.
  7. Jangan berbicara terlalu keras ( melebihi keperluan pendengar ), sebab itu merupakan kedunguan dan menyakitkan ( mengganggu ).
  8. Jangan mengumpat orang lain, jangan menghina institusi-institusi Islam, dan jangan membicarakannya kecuali hal-hal yg baik.
  9. Perkenalkan dirimu pada saudara yg engkau temui, walau ia tidak memintanya, sebab asas dakwah kita adalah kecintaan dan saling mengenali.
  10. Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu. Maka bantulah orang lain supaya dapat memanfaatkan waktunya. Apabila engkau memiliki suatu keperluan, maka persingkatkanlah dalam memenuhinya.
Sahabat2, jalan panjang membentang luas, jalan yg penuh dgn onak dan duri, jalan yg tidak akan sekali-kali sepi daripada ujian, cubaan, mehnah dan tribulasi. Itulah hakikat jalan dakwah ilallah, yg tidak boleh dan tidak akan difahami tabiat itu kecuali oleh mereka yg sudah melalui pahit dan getirnya dakwah.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan berkata, “Kami telah beriman”, sedangkan mereka masih belum diuji ? "
(Al-Ankabut : 2 )

Sumber: 
Kepimpinan Dalam Pergerakan Islam,
Rukun Bai'ah dan Usrah.