December 30, 2010

Hari Terakhir...

  17 Dis 2010,Jumaat...


   Hari ni hari trakhir ana dgn shbt2 (pist students only),bermukim di SMKA Segamat...hrmm,cepatnyer 5 tahun brlalu...pejam celik pejam celik,SPM pon da abes..tinggal r SMKAS dlm kenangan...(n_n)
  
   ana tdk brhajat utk crita pnjg..cuma ingin brkongsi sdikit memori brsama shbt2,spnjg hari trakhir ini...

  
               diambil time subuh...!!!

                        




              ketiga-tiga  ni pun sama,
             diambil time subuh jugak!!!




disebabkan DM tak bukak utk hari trakhir ni,so trpakse r kami sume prgi breakfast kt luar..tinggal brpe org je pun,ramai yg da balik ptg semalamnye...hrmmm...

tgok r gelagat shbt2 semua ni time balik dr breakfast kt luar...
smpt lg posing kt palang besi pondok jaga ni..hrmm..
(yg x bley bla,ttbe muncul kereta merah kt blkg 2,kereta sape ye???)

wallahu 'alam...(n_n)

December 29, 2010

Rajin Solat???

"Hrrmm..rajinnya bdak ni  solat,x prnah tinggal...sejuk perut ibu yg mngandungkn dia ni..."


   "aku tengok,bdak ni,stiap kali azan,msti dia naik motor prgi msjid,klau x naik motor pn,dia prgi jalan kaki...rajin btol lar dia ni.."


 "kamu ni anak siapa,xprnah nmpak pun sblm ni...biasanya x ramai bdak2  rajin nk prgi solat kat msjid.."


   inilah senario yg melanda majoriti umat Islam kita hari ini...bukan tujuan ana ingin menafikan kerajinan seseorang yg menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari smalam...tapi,rasanya sikap rajin itu dtujukan tdk kena pd tmpatnya..

   Sesuatu Ibadah yg WAJIB itu (cntoh:Solat),smemangnya tggungjawab semua umat Islam dalam kehidupannya sehari-harian..melaksanaknnya mrupakan suatu tuntutan Fardhu 'Ain....dan bukannya Fardhu Kifayah...jadi sikap rajin TIDAK SESUAI sama sekali dtujukan kpda individu2 yg mnunaikan solat fardhu 5 kali sehari smalam,krna ia memang mnjadi tggungjawab & kewajipan kita sbg umat Islam di muka bumi Allah ini...

      Firman Allah SWT:
      "tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada Ku" (Az-Zariyat:56)

  sebetulnya,sikap rajin itu hanya sesuai dtujukan kpda seseorang apabila dia mlakukan sesuatu ibadah Sunat..atau lbih tepat lagi disebut sbg Fardhu Kifayah...sbg contoh,sperti seseorang yg rajin bersedekah,ataupun sering membiasakan dirinya dgn brpuasa Sunat,solat Dhuha atau sbgnya..dan bukannya dtujukan kpd sesiapa yg mlakukan ibadah Wajib(Fardhu 'Ain)..(ttapi ini bukanlah brtujuan utk mndaptkn pujian apbila seseorg itu mlakukan ibadah sunat)..

   ini hanya brtujuan untuk memperbetulkan persepsi masyarakat trhadap prkara seumpama ini...kerana,jika dilihat..apabila seseorang itu tidak mndirikan Solat,seolah-olah ia mnjadi suatu fenomena yg biasa dan tidak menimbulkan sebarang persoalan yg serius kpda kita semua...adakah ini suatu bala trhadap kita,apabila kita seperti tidak berasa bersalah sekalipn apbila meninggalkan solat???..seolah-olah kita tidak melakukan sebarang DOSA..???

   Renung-renungkanlah,muslimin dan muslimat sekalian...

 (maaf andai trdapat sbarang kesilapan spanjang penulisan ini..ini hanyalah pandangan diri ana shja..sbarang
  komentar atau pembetulan adlh sangat dialu-alukan..)


 

December 27, 2010

ADAB SOSIAL SEORANG MUSLIMAH

Islam menempatkan kedudukan yang tinggi kepada kaum wanita. Mereka dihormati dan dimuliakan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Wanita itu tiang negara. Apabila baik wanita,baiklah negara. Jika rosak wanita, rosaklah negara.”

Rasulullah SAW juga menganjurkan anak-anak untuk menghormati ibu tiga kali lebih utama daripada menghormati bapa. Kaum wanita juga mengandung dan melahirkan zuriat yang akan menjadi seorang pemimpin,orang yang soleh dan solehah. Dalam keadaan begitu pun menurut Rasulullah SAW,kaum wanita juga yang ramai memenuhi neraka Allah SWT. Mengapa?????

Kaum wanita sebenarnya mempunyai daya penarik yang sangat istimewa yang mampu merobohkan benteng iman seorang lelaki.Kaum wanita sering dipersalahkan kerana memulakan godaan walaupun pada hakikatnya,bertepuk sebelah tangan tidak akan menjadi. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dijadikan indah pada pandangan mata manusia supaya condong kepada keinginan nafsu, iaitu wanita, anak-anak dan harta yang banyak.”
(Surah Al-Imran 3:14)





Akhir-akhir ini kita menyaksikan keruntuhan akhlak para remaja kita,dan para remaja perempuan tidak terkecuali. Mereka sekarang ini telah hilang sifat malu yang dimiliki oleh keturunan Melayu Islam sejak berzaman lamanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Malu itu sebahagian daripada iman”
(Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)

Sesungguhnya kaum wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk aliran sosial dalam ketamadunan hidup manusia. Tambahan pula,seperti yang telah diketahui umum,lebih daripada setengah penuntut di IPT/IPTA adalah terdiri daripada kaum wanita.


Diedit dari sumber: HJ. Muhammad Zakaria
 Master Trainer, Pusat Latihan Sri al-Ain,
 SOLUSI motivasi/fardu ‘ain_Isu No.13 2009
 halaman 42-43




December 26, 2010

Mukaddimah...

Salam Pertemuan..Salam Perkenalan dan Salam Perjuangan...


Terdetik di hati ini untuk maju setapak lagi seperti sahabat2 yg lain...Melakar corat-coret sehari-harian sepanjang 'utlah yg sungguh panjang ini,dan selagi nadi ini masih berdenyut...Insya Allah...Mudah2an dgn wasilah yg tdk sberapa ini,dpt mnjadi satu wadah bagi mgeratkn lg ukhuwah antara diri ini dgn semua teman2 dan shbt2 sperjuangan...Ukhuwah Fillah Abadan Abada...(n_n)