December 27, 2010

ADAB SOSIAL SEORANG MUSLIMAH

Islam menempatkan kedudukan yang tinggi kepada kaum wanita. Mereka dihormati dan dimuliakan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Wanita itu tiang negara. Apabila baik wanita,baiklah negara. Jika rosak wanita, rosaklah negara.”

Rasulullah SAW juga menganjurkan anak-anak untuk menghormati ibu tiga kali lebih utama daripada menghormati bapa. Kaum wanita juga mengandung dan melahirkan zuriat yang akan menjadi seorang pemimpin,orang yang soleh dan solehah. Dalam keadaan begitu pun menurut Rasulullah SAW,kaum wanita juga yang ramai memenuhi neraka Allah SWT. Mengapa?????

Kaum wanita sebenarnya mempunyai daya penarik yang sangat istimewa yang mampu merobohkan benteng iman seorang lelaki.Kaum wanita sering dipersalahkan kerana memulakan godaan walaupun pada hakikatnya,bertepuk sebelah tangan tidak akan menjadi. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dijadikan indah pada pandangan mata manusia supaya condong kepada keinginan nafsu, iaitu wanita, anak-anak dan harta yang banyak.”
(Surah Al-Imran 3:14)





Akhir-akhir ini kita menyaksikan keruntuhan akhlak para remaja kita,dan para remaja perempuan tidak terkecuali. Mereka sekarang ini telah hilang sifat malu yang dimiliki oleh keturunan Melayu Islam sejak berzaman lamanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Malu itu sebahagian daripada iman”
(Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)

Sesungguhnya kaum wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk aliran sosial dalam ketamadunan hidup manusia. Tambahan pula,seperti yang telah diketahui umum,lebih daripada setengah penuntut di IPT/IPTA adalah terdiri daripada kaum wanita.


Diedit dari sumber: HJ. Muhammad Zakaria
 Master Trainer, Pusat Latihan Sri al-Ain,
 SOLUSI motivasi/fardu ‘ain_Isu No.13 2009
 halaman 42-43