October 16, 2011

Kaitan Waktu Solat dengan Warna Alam...


Setiap hari dn waktu kita menunaikan solat atas perintah Allah yg maha esa.Tapi,pasti ada sebab munasabah mengapa Allah mewajibkan solat ini kan?actually,kalau ntum dn ntunna nak tahu solat ini sebenarnya ibarat senaman ataupun exercise yg kita lakukan secara tak langsung.Setiap pergerakan yg kita lakukan sebenarnya memberi kesan kepada seluruh tulang-tulang,otot-otot,dn siatem-sistem badan kita.Malahan sedar atau tidak Allah memerintahkan solat 5 waktu tersebut pada 5 waktu yang berlainan.Jadi,disini ana cuba mengambil kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji termasuk Ustaz Zahazan Mohamad...

 
spektrum warna alam..

Setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam yg boleh diukur dn dicerap melalui perubahan warna alam.fenomena perubahan warna alam ini adalah sesuatu yg tidak asing bagi mereka yg terlibat dalam bidang fotografi...


WAKTU SUBUH
Spektrum warna pada masa ini adalah warna biru muda yg bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem tubuh badan.malahan warna ini mempunyai rahsia yg berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Jadi bagi mereka yg sering ketinggalan solat subuh akan menghadapi masalah komunikasi dn rezeki.
 
waktu yang paling sukar untuk bangkit..


Hal ini kerana,spektrum warna biru muda tersebut tidak dapat dicerap dalam keadaan jasad dan roh terpisah(tidur).Kajian mendapati apabila tiba waktu azan tenaga alam adalah pada tahap optimum.Cara cerapan adalah melalui konsep resonan ketika sujud dan rukuk.Mereka yg terlewat solat subuh tidak akan mendapat cerapan yg optimum.Kajian lain yg dilakukan oleh Klinik solat,ketika sujud badan kita menunjukkan gelombang Alpha yang mana merupakan gelombang ketenangan,membuktikan bahawa seorang hamba yg sedang menghadap tuhannya.

WAKTU ZUHUR
Warna alam ketika ini adalah hijau(isyraq &dhuha) kemudian warna kuning(zuhur).kesinambungan warna tersebut dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.malahan,rahsia keceriaan juga terletak pada spektrum warna kuning.Secara mudahnya mereka yg meninggalkan solat zuhur akan mengalami sindrom kemurungan dan masalah perut.yelah,kalau orang sakit perut ceria tak??
 
lagi tinggi matahari,lagi tinggi Allah..


WAKTU ASAR
Spektrum warna berubah pula ke warna oren yg bersamaan dengan frekuensi prostat,uterus,ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif.Rahsia warna oren adalah kreativiti.Kelalaian meninggalkan solat pada waktu ini akan menghilangkan daya kreativiti dan lebih malang sekiranya tertidur dalam waktu ini,sebagai peringatan,sistem reproduktif kita sangat memerlukan tenaga spektrum tersebut pada waktu ini.
 
subhanallah..


WAKTU MAGHRIB
Pabila senja tiba alam berubah menjadi warna merah.Frekuensi ini berbahaya bagi orang-orang tua dan anak-anak kecil kerana jin-jin dan iblis amat bertenaga pada waktu ini.Bagi yg dalam perjalanan ke mana-mana pun dinasihatkan supaya berhenti kerana banyak pembelauan yang mengelirukan mata kita.Rahsia pada waktu ini adalah keyakinan frekuensi otot,saraf dan tulang.
 
kecantikkan senja..


WAKTU ISYAK
Seterusnya warna indigo bermula pada waktu ini.Rahsianya adalah ketenteraman dan kedamaian yg berkait dengan frekuensi otak.Kegelisahan akan dirasakan bagi yg meninggalkan solat isyak.Sebetulnya masa ini masa untuk berehat.Tidur waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh badan berada dalam kerehatan.
 
keindahan malam..


WAKTU QIAMULLAIL
Alam bersinar kembali menjadi warna putih,merah jambu dan ungu yg mana bersamaan dengan frekuensi kalenjar pineal,pituitari,talamus dan hipotalamus.
 
malam yang tenang..


Begitulah secara ringkas kaitan waktu solat dengan warna alam.Kepentingan warna alam terhadap badan inilah yg menyebabkan wujudnya pelbagai meditasi yang dicipta sepertitaichi,qi-gong dan sebagainya.Seharusnya kita sebagai orang islam patut bersyukur kerana telah disyariatkan solat tanpa hendak memikirkan bagaimana cara nak menyerap tenaga alam.Jadi perlu kita sedari bahawa kita memang hamba yang memerlukan segala-gala daripada Allah.


 
sujudlah pada tuhanmu..
 
bersenam menyihatkan..
kawad kaki..
*adalah amat malang bagi mereka yg tidak menjaga waktu solatnya tetapi amat berdisiplin dalam kelas taichi,kawad kaki dll..huhu