September 13, 2011

SYAWAL : MEDAN SEBENAR

Alhamdulillah,
Setelah sebulan bertemankan Ramadhan,
Kini Syawal hadir sebagai pengganti. Walau bagaimanapun,

Jadilah kita sebagai hamba Tuhan (ALLAH),
Bukannya hamba Ramadhan,
iaitu beramal dan beribadahlah,
semata-mata kerana ALLAH,
bukan kerana dek kedatangan Ramadhan,
yang secara fitrahnya akan datang dan pergi,
tetapi ALLAH sentiasa kekal dan hidup !!!

Sebab itu Syawal menjadi medan kualiti ibadat kita sepanjang Ramadhan lalu,yang telahpun melabuhkan tirainya. Adakah kita mampu mengekalkan kualiti ibadat kita sebagaimana yang kita laksanakan sepanjang Ramadhan kali ini? Apa ceritanya dengan tadarus, bangun malam (qiamullail), menahan syahwat, solat Jemaah dan sebagainya? Adakah kita masih terus istiqamah dengan amalan2 seumpama ini? Inilah persoalan yang seharusnya timbul dalam hati dan benak fikiran kita sekarang ini…

Bagaikan seorang yang baru graduate dari sebuah universiti yang agung, adakah ilmu dan input yang diperoleh sepanjang pengajian lepas, mampu diaplikasikan seoptimum mungkin di medan masyarakat, atau sekadar hebat di universiti sahaja, akan tetapi mandom apabila terjun bersama masyarakat…

Sama2 kita fikir2kan… J

September 9, 2011

Marhaban !!!

I

nilah kisah seharian aku,sepanjang persediaan untuk masuk ke Darul Quran ni. Mula-mula perancangan kami sekeluarga nak mulakan perjalanan pukul 4 pagi dari Johor,sebab takut tak sempat sampai sebelum pukul 8.30 pagi di sana. Tapi akhirnya, perjalanan dimulakan agak lewat, dalam pukul 5.00 pagi. Aku yang terlampau ‘exited’ sampai tak tidur malam tu. Tidur pun sekejap saja. Jadi, sebab gerak lambat, ayah aku pun memecutkan kereta selaju mana yang boleh untuk sampai sebelum pukul 8.30 pagi….

 Sepanjang perjalanan itu,aku rasa sungguh teruja untuk tiba ke Darul Quran walaupun hati membisik-bisik agar aku melenakan diri sebentar untuk menghilangkan keletihan yang masih berbaki. Lebih kurang pukul 6.30 pagi,kami tiba di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Nilai, Negeri Sembilan. Kami singgah sebentar untuk solat Subuh dan sarapan pagi.

Seusai solat subuh dan sarapan,lebih kurang pukul 7.15 pagi, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang semakin menantikan kehadiran kami. Sampai di Rawang, kakak aku yang mengambil alih untuk memandu kereta kerana ayah aku dah keletihan dan mengantuk. Aku semakin risau melihatkan jam di tangan sudah menunjukkan pukul  8.00 pagi. Takut terlambat pula untuk sesi pendaftaran di  Dewan Muktamar, sepertimana yang tercatat dalam surat tawaran yang aku terima.