January 26, 2012

Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya?

Contoh situasi:

“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

January 15, 2012

~♫♪ حبل من الله ♫♪~

Suatu kekuatan yg sangat menonjol dlm sirah para sahabat,tabi’in dan juga para ulama’ terkemuka Islam adlh kuatnya hubungan mereka dgn Allah SWT. Motivasi inilah yg paling menonjol dan paling dominan serta menjadi faktor utama pendorong dlm apa jua amalan dan pekerjaan dlm kehidupan mereka sehari2an.

Ada satu kisah tentang seorang ulama’ besar di Baghdad yg bernama Muhammad bin Aslam, atau nama panggilannya adlh Abu Hassan al-Tusi. Beliau merupakan seorang ulama’ yg hebat.

Beliau sangat kuat beribadah di tempat yg sgt tersembunyi drpd manusia. Beliau berkata:

“Seandainya aku boleh melakukan ibadah tanpa dilihat oleh kedua-dua malaikatku, nescaya aku akan melakukannya kerana takut dgn sifat riya".