January 2, 2011

Hukum Bulu Kucing...

Menurut mazhab Syafi'ie dan Hanbali,bulu kucing yg tertanggal dari tubuh badannya adlh najis. Bukan stakat bulu kucing, tapi bulu binatang yg tdk halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, sama ada semasa hidupnya atau slps mati.Namun menurut Hanafi dan Maliki ia adalah suci.

Binatang yang Tdk Halal dimakan Dagingnya

Jika bulu binatang yg tdk halal dimakan spt kucing, monyet, musang dan sbagainya terpisah drpd badannya ktka binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adlh najis, apatah lagi sesudah ia mati. Demikianlah juga anggota2 lain jika bercerai drpd badan binatang itu adlh dikira bangkai.(Mughni al-Muntaj, Kitab al-Taharah, Bab al-Najasah,jil 1:hlmn 115)

Hubungannya dgn Solat???

Menurut hukum syarak, syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih drpd sgla najis baik pd pakaian, tubuh badan, dan tmpt solat. Oleh itu,jika terdapat bulu binatang yg dihukumkan najis pd pakaian atau badan, maka solat itu TDK SAH krna menanggung sesuatu yg najis.

*Kecuali jika bulu yg najis sdikit,spt sehelai atau dua helai,krna ia dimaafkan.
*Melainkan bulu anjing @ babi krna ia tetap najis walaupun hanya sdikit.
  (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh,jil 1:hlmn 175)

#Dipetik dr SOLUSI ke-26,Info Fiqah,hlmn 11.