October 30, 2011

Islah...

Utlah yg tdk berapa nak panjang ni berakhir jua akhirnya..setelah hampir 3 minggu bercuti,hari ini akan berangkat semula ke bumi barakah Kolej Universiti Darul Quran (da naik taraf da,sblm ni Darul Quran je)..
3 minggu yg berlalu,cukup memberi kesan dalam diri..betapa kita sedari hakikat sebenar diri sendiri pabila berada di luar,terjun ke medan masyarakat..adakah masih sama diri kita sekarang dengan sebelum ni,atau lebih baik,atau LEBIH BURUK JADINYA!!!

“Sesungguhnya Islam itu pada mulanya datang dengan asing (tidak umum), dan akan kembali dengan asing lagi seperti pada mulanya datang. Maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing“. Baginda ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang-orang yang asing itu ?”. Baginda bersabda, “Mereka yang memperbaiki dikala rosaknya manusia”. Dan di lain riwayat beliau ditanya (tentang orang-orang yang asing), beliau menjawab, “Yaitu orang-orang yang menghidup-hidupkan apa-apa yang telah dimatikan manusia daripada sunnahku”.
[HR. Muslim, Ibnu Majah dan Thabrani]


Bila bicara saja pasal ni,semuanya pasti teringin untuk tergolong dalam golongan yang dimaksudkan dalam hadis tersebut..GHURABA’…tapi sejauh mana usaha kita untuk memastikan diri kita tergolong dalam kategori ini???sama2 kita renungkan..peringatan ni ana tujukan buat diri ana sendiri, juga tidak dilupakan buat antum semua,sahabat2 sperjuangan..

“Tegakkan Islam dalam diri kamu,nescaya ia akan tegak berdiri dalam negara kamu...”

Ertinya kemenagan yang diidamkan itu,yg kita cita-citakan itu..mesti datang drpd kekuatan hati dan kita (umat Islam) sndiri,bukannya mengharapkan kelemahan drpd musuh..
………….
Masalah yg timbul,Alhamdulillah sedikit sebanyak telah menunjukkan perubahan positive..syukran jazilan kpda murabbi, Ust. Hadi yg banyak mmberikan semangat dan dorongan buat diri ini untuk terus istiqamah dn tabah dlm melalui segalanya..

"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar".
 (Al- Baqarah : 155)

juga sahabat2 yg sntiasa ada brsama di sisi ana,kala susah dan senang..tdk akan ana lupakan walau sesaat setiap detik indah bersama antum semua..

"Kejahatan yg mnimbulkn rasa sedih lbih baik drpd kebaikan yg mnyebabkn rasa takabbur"..mngekalkn rasa brdosa adlh penawar bagi rasa takabbur..org yg sibuk dgn aib dirinya tdk akn sempat melihat aib org lain.. 
~Ust. Pahrol Mohd. Juoi-Nota Hati Seorang Lelaki~

jom sama2 islah diri..=)

Fi amanillah antum jami’an..InsyaAllah..sekian..