January 15, 2012

~♫♪ حبل من الله ♫♪~

Suatu kekuatan yg sangat menonjol dlm sirah para sahabat,tabi’in dan juga para ulama’ terkemuka Islam adlh kuatnya hubungan mereka dgn Allah SWT. Motivasi inilah yg paling menonjol dan paling dominan serta menjadi faktor utama pendorong dlm apa jua amalan dan pekerjaan dlm kehidupan mereka sehari2an.

Ada satu kisah tentang seorang ulama’ besar di Baghdad yg bernama Muhammad bin Aslam, atau nama panggilannya adlh Abu Hassan al-Tusi. Beliau merupakan seorang ulama’ yg hebat.

Beliau sangat kuat beribadah di tempat yg sgt tersembunyi drpd manusia. Beliau berkata:

“Seandainya aku boleh melakukan ibadah tanpa dilihat oleh kedua-dua malaikatku, nescaya aku akan melakukannya kerana takut dgn sifat riya".


Setiap malam, beliau akan bangun bermunajat kepada Allah SWT di tengah malam sambil menangis hingga ke pagi. Lalu setiap kali hendak keluar rumah, beliau akan segera membasuh muka dan bercelak mata agar tidak ada yg akan mengetahui perbuatannya.

Masya Allah.. Hebatnya hubungan Ibnu Aslam dengan Allah SWT. Semua penduduk Baghdad pada masa itu sangat mencintai dan menghormati Ibnu Aslam, dan Abu Nu’aim meriwayatkan bahawa pada hari kematiannya, terlihat ratusan ribu, bahkan jutaan manusia datang untuk mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

Melihat peristiwa yg mengagumkan ini, Imam Ahmad bin Nasr al-Khuza’l berkata kpd murid2nya:

“Wahai saudara2ku sekalian. Perbaikilah hubunganmu dgn Allah SWT. Tidakkah kalian melihat Ibnu Aslam ini, ketika ia memperbaiki hubungan dgn Allah SWT, maka Allah SWT memperbaiki berjuta-juta manusia melaluinya?”

Inilah sebenarnya RAHSIA di sebalik kejayaan para ulama’ dan murabbi besar di dunia dlm mereka melakukan pengislahan dlm masyarakat. Mereka menjaga hubungan jiwa dan hati mereka dgn Allah SWT. Tarbiyah mereka praktikal dlm melakukan segala bentuk ibadah secara teliti dan ikhlas kpd Allah SWT. Ikhlas adlh kunci utamanya dan mereka benar2 menjaga hati mereka agar sentiasa HIDUP, SEGAR dan MENGINGATI ALLAH SWT.

Justeru,ana ingin menyeru dan mengajak diri ana sendiri serta sahabat2 sekalian agar kita sama2 melihat dan menilai kembali hubungan kita dgn Allah SWT. Adakah kita benar2 menjaganya? Adakah kita hanya mengingati Allah ketika ditimpa kesusahan shja? Atau adakah kita hanya bermunajat kpd-Nya hanya ketika inginkan keputusan peperiksaan yg cemerlang? Sama2lah kita analisis diri kita balik, adakah kita benar2 menjaga hubungan kita dgn Allah SWT. Hati yg berhubung dgn Allah SWT adlh kunci kpd kejayaan kita di dunia dan akhirat. Insya Allah…

“Jika kita ingin tahu di mana letaknya diri kita di sisi Allah SWT,maka lihatlah dahulu di manakah letaknya Allah dlm diri kita…”

*Islah Nafsak Wad'u Ghairak (n_n)