July 16, 2012

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna


Baca, Hayati dan Amalkanlah…
  1. Bergegaslah menunaikan solat ketika mendengar azan, walau bagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Al-Quran, lakukan pengkajian dan dengarkanlah ( hal-hal yg bermanfaat tentangnya ), atau berzikirlah kepada Allah. Jangan gunakan sebahagian waktumu utk hal-hal yg tidak berfaedah.
  3. Berusahalah sekuat tenaga utk berbicara dgn bahasa Arab yg fasih ( bukan bahasa pasar ) sebab ia merupakan syi’ar Islam.
  4. Jangan merperbanyakkan perdebatan dalam apa jua urusan sekalipun, sebab perdebatan tidak mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak tertawa, sebab hati yg berhubungan dgn Allah itu harus sentiasa tenang dan berwibawa.
  6. Jangan banyak bergurau, sebab umat Islam yg berjuang tidak mengenal kecuali kerisauan.
  7. Jangan berbicara terlalu keras ( melebihi keperluan pendengar ), sebab itu merupakan kedunguan dan menyakitkan ( mengganggu ).
  8. Jangan mengumpat orang lain, jangan menghina institusi-institusi Islam, dan jangan membicarakannya kecuali hal-hal yg baik.
  9. Perkenalkan dirimu pada saudara yg engkau temui, walau ia tidak memintanya, sebab asas dakwah kita adalah kecintaan dan saling mengenali.
  10. Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu. Maka bantulah orang lain supaya dapat memanfaatkan waktunya. Apabila engkau memiliki suatu keperluan, maka persingkatkanlah dalam memenuhinya.
Sahabat2, jalan panjang membentang luas, jalan yg penuh dgn onak dan duri, jalan yg tidak akan sekali-kali sepi daripada ujian, cubaan, mehnah dan tribulasi. Itulah hakikat jalan dakwah ilallah, yg tidak boleh dan tidak akan difahami tabiat itu kecuali oleh mereka yg sudah melalui pahit dan getirnya dakwah.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan berkata, “Kami telah beriman”, sedangkan mereka masih belum diuji ? "
(Al-Ankabut : 2 )

Sumber: 
Kepimpinan Dalam Pergerakan Islam,
Rukun Bai'ah dan Usrah.