July 18, 2013

.: 123 dan ABC :.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Jangan terlalu bangga dengan ilmu dan tarbiyah sebegitu rupa yg kau ada..dan aku juga tak boleh bangga dengan ilmu dan tarbiyah sebegini rupa yg aku ada (kalau ada la)..lumrah kita sbg manusia, andai starting point tarbiyahmu mengajarmu mengenal 123 terlebih dahulu, jangan kau pelik dan keji starting point tarbiyahku yg mengajarku mengenal ABC terlebih dahulu..(begitu juga sebaliknya).. andai starting point tarbiyahku mengajarku mengenal ABC terlebih dahulu, jangan pula aku pelik dan keji starting point tarbiyahmu yg mengajarmu mengenal 123 terlebih dahulu..

kerana hakikat yg kau dan aku perlu tahu, kedua-dua jalan ini bermatlamatkan yg satu..REDHA ALLAH (atas segala hal dan perkara yg bersangkut paut dengannya)..selagi jalan yg kau bawa itu, tidak bertentangan dgn Al-Quran dan As-Sunnah, tidak wajar bagiku utk mengatakan jalan yg aku bawa ini satu2nya jalan menuju REDHA dan SYURGA-NYA..bagimu pula, selagi jalan yg aku bawa ini, tidak bertentangan dgn Al-Quran dan As-Sunnah, tidak wajar bagimu utk mengatakan jalan yg kau bawa itu satu2nya jalan menuju REDHA dan SYURGA-NYA..masing2 punya cara, masing2 punya gaya..(tapi, kata2ku ini tidak menafikan perlunya utk kau  dan aku saling menegur atas kekhilafan yg terang2an berlaku, sepanjang tempoh kita melalui jalan ini)..

"aku tidak diajar utk memaki kegelapan,namun aku diajar utk menerangi kegelapan"
(Dr Yusuf AlQaradawi)


sudah2lah drpd berterusan menghina kegelapan..aku punya tanggungjawab, kau juga punya tanggungjawab, utk memastikan kegelapan yg mendominasi, disinari dengan CAHAYA yg terang benderang.. bukan semakin menggelapkan =)

mafhum mukhalafah d sini, (point kedua yg ingin dkongsi)..bersyukurlah kiranya hayat kita di dunia ini, dimulai dgn cahaya, berbanding insan lain yg dimulai hayatnya dgn gelap gelita..(kerana itu bukan kehendak mereka)..pengakhirannya nanti, tak mustahil cahaya itu bertukar gelita, dan tak mustahil gelita itu bertukar cahaya..gelita bertukar cahaya itu suatu KESYUKURAN, tapi cahaya yg bertukar gelita itu pula suatu KEBINASAAN!!! Nauzubillahi min zalik..

_________________

*post ini bersifat umum..membawa sekelumit ciri2 dan sifat2 Qawaid, bukan Dawabith..tidak berhajat utk ‘street to the point’,walaupun ada org kata, manusia ni (lg2 org Melayu Islam) payah utk memahami dan menerima unsur2 qias (bahasa2 kiasan),tp lebih mudah kalau bagi makan cili terus,direct je..wallahu’alam..

*123 dan ABC, hanya analogi semata..harapnya ia dapat dihubungkaitkan dgn perkara2 yg munasabah utk disabitkan dengannya..| demokrasi dan politik, munasabah tak?? =) |


bertaubatlah kamu di malam hari atas dosamu di siang hari..dan janganlah kamu berbuat dosa di siang hari hanya kerana kamu akan bertaubat pada malam harimu..improving oneself..”

*asif ‘ala kulli hal, Salam 09 Ramadhan 1434H..fasa pertama kian melabuhkan tirainya,fasa rahmat..menanti ketibaan fasa pengampunan dan pelepasan dpd api neraka~

No comments :

Post a Comment